a)Antara muka baris arahan ( Commandline Interface / CLI )
Pengguna menyediakan input dengan menaip satu arahan pada papan kekunci komputer
dan sistem bertindak dengan memaparkan teks pada monitor computer.
b)Antara muka grafik ( Graphical User Interface )
Antara muka grafik digunakan untuk manipulasi ikon secara terus dengan menggerakkan
sesuatu peranti contohnya tetikus untuk melaksanakan tugas tertentu. Sebagai contoh,
memindahkan satu fail dari satu folder ke dalam folder yang lain dengan menggunakan
tetikus.
c) Antaramuka berpandukan menu ( Menudriven User Interfaces )
Antaramuka berpandukan menu membenarkan pengguna untuk mencapai arahan melalui
menu.
d)Antaramuka Segera ( Prompt User Interface )
Antaramuka segera mempercepatkan pengguna untuk memasukkan input, meminta
maklumat serta pergi ke langkah yang seterusnya. Sebagai contoh, komputer meminta
pengguna untuk memasukkan ID pengguna dan kata laluan untuk terus pergi ke
antaramuka yang berikutnya.
e) Antaramuka Melalui Suara ( Voice User Interface / VUI )
Antaramuka melalui suara membenarkan pengguna berinteraksi dengan menggunakan
aplikasi bahasa percakapan. Segala rakaman atau ucapan yang telah disintesis
dimainkan kepada pengguna semasa dialog.
f) Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna ( Multimodal User Interfaces )
Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna merujuk kepada interaksi antara maya dan
persekitaran fizikal melalui komunikasi mod semula jadi. Selain itu, kaedah output
juga dapat digunakan bagi tujuan ini seperti menggunakan ucapan yang disintesis, grafik
bijak dan lainlain.
No comments:
Post a Comment