Pada hari ini, saya akan membentangkan tentang SAPS yang telah dibentangkan oleh Intan. Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan
menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan
boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi
mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi
penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of
Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).
Selain itu,
SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat
kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar
mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Guru kelas hanya
melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata
pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan
No comments:
Post a Comment