Pada hari ini, saya akan menerang semual tentang Google yang diterangkan oleh Azlan. Google bermula
pada Januari 1996 sebagai projek penyelidikan oleh Larry Page dan Sergey Brin
ketika mereka berdua merupakan pelajar PhD di Universiti Stanford di
California.
Ketika sistem gelintir biasa mentakrif hasil dengan mengira
berapa banyak kali istilah carian muncul pada laman, kedua mereka membuat teori
mengenai sistem lebih baik yang menganalisa hubungan antara laman web. Mereka
menggelar teknologi baru ini sebagai PageRank, di mana kepentingan tapak web
ditentukan melalui bilangan laman, dan kepentingan halaman tersebut, yang
dikait kembali kepada tapak asal.
Satu enjin gelintir kecil dikenali sebagai
"RankDex" dari IDD Information Services direka oleh Robin Li yang,
sejak 1996, telahpun mencuba strategi yang sama bagi menilai tapak dan
kedudukan laman. Teknologi dalam RankDex akan dipaten dan kemudiannya digunakan
kemudian apabila Li mengasaskan Baidu di China.Page dan Brin pada asalnya mengelar enjin gelintar baru
mereka "BackRub", kerana sistem memeriksa pautan balik bagi menilai
kepentingan sesuatu tapak.
Akhirnya, mereka menukar nama kepada Google, berasal dari
salah ejaan bagi perkataan "googol",nombor satu diikuti dengan
seratus sifar, yang dipilih bagi melambangkan bahawa enjin gelintar ingin
memberikan sejumlah besar maklumat bagi penggunannya. Pada asalnya, Google
berjalan di laman web Universiti Stanford, dengan domain google.stanford.edu.
No comments:
Post a Comment