Garena bukan sahaja menyediakan game – game yang menarik.
Garena juga menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita berkomunikasi
bersama rakan kita ketika kita sedang berada di dalam game. Aplikasi tersebut
dinamakan “G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan kita berhubung dalam
bentuk suara atau melalui pesanan . Ia boleh dimasuki ramai orang tetapi
kebiasaannya ia akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian kerana game yang
disediakan kebanyakkannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of
Legend ( LOL ).
Selain itu , Garena juga menyediakan aplikasi Garena Plus
bagi memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan ringkas kepada
rakan secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan aplikasi ini di
computer atau laptop kerana ingin terus bermain game. Anda juga boleh memiliki
aplikasi ini di telefon . Ia diberi nama GAS . Ia boleh dimiliki oleh pengguna
Apple atau Android. Ia membenarkan kita
berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh bermain game seperti yang boleh
dilakukan di komputer atau laptop.
Akhir sekali, saya berharap anda yang bermain game ini tidak
melupakan dunia luar kerana kebanyakkan pemain game online jarang keluar dari
rumah. Saya mengharapkan hal ini dapat dielakkan kerana jika terlalu lama
bermain game ia akan menyebabkan kita rabun atau mendapat penyakit yang lain
kerana tidak mengerahkan badan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti
bersukan .
No comments:
Post a Comment