Pages

Monday, 24 February 2014

ini nak cerita kan tentang kunci primer dan kunci asing


Kunci  Primer dan Kunci asing
Di dalam pangkalan data, terdapat kunci primer dan kunci asing mana nilainya adalah unik dan mesti diisi (tidak boleh tinggalkan kosong). Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci primer
Kunci Primer
•Kunci primer adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual. Kekunci ini tidak boleh mewakili nilai null.(tidak boleh tinggalkan kosong)
•dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer . pemilihan kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan lain
•kunci primer juga boleh diberikan secara automatic oleh perisian DBMS
•kunci primer juga boleh dicipta sendiri oleh pengaturcara. Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik (tak aka nada no kad pengenalan yang sama antara 2 orang) ataupun nombor surat beranak, nombor passport, nombor pelajar, nombor pekerja
Kunci asing
•kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer, yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain.kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan silang
•setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujukan . nilai bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang
Kepentingan kunci primer
•memastikan setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih dengan rekod baru
•memberikan identiti yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data
•menjadikan data yang disimpan adalah untuk kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
•menggelakkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data. Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan computer
•memudahkan proses carian dan capaian ke atas rekod –rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan maklumat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer
PErbezaan antara kunci primer dan kunci asing
Kunci primer
Ciri-ciri
Kunci asing
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam jadual
Lokasi
Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik
Cipta
Ia dicipta dengan memasukkan medan kunci primer dari satu jadual ke jadual yang lain
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual
Bilangan Kunci
Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual
Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang
Pengulangan Data
Data dan dalam medan kunci asing boleh berulang-ulang
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual
Nilai kunci
Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain
Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama
Nilai kosong
Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod di dalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik
Fungsi kunci
Kunci ini digunakan untuk menhubungkan antara dua jadual bersama

Contoh
Kunci Primer
Kunci Asing




No comments:

Post a Comment